header image
Layar Keinsafan- Mestica
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

under: Music

Posted by: langitnanbiru | July 22, 2008 | No Comment |

2670526704_3e6263f514 Alone??

You’ll never walks alone..

ALLAH always by our side..

under: Uncategorized

Posted by: langitnanbiru | July 8, 2008 | 2 Comments |

"Manusia meniti diatas cinta ILAHI untuk mencari cinta manusia dan menerima cinta manusia untuk menambahkan cinta kepada ILAHI.. OLeh itu, carilah cinta insan yang membawa kita kepada cinta ALLAH Yang Satu.."

under: Uncategorized

Bila Waktu Telah Berakhir …

Posted by: langitnanbiru | May 20, 2008 | 2 Comments |

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagiMu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

under: Uncategorized

LEMAHNYA DIRI INI

Posted by: langitnanbiru | April 2, 2008 | No Comment |

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu, Tuntunilah langkah kami, Biar hanya mampu merangkak, Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku, Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai, Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu…Ya Rabbal’alamin.

under: Uncategorized

Posted by: langitnanbiru | March 24, 2008 | No Comment |

"Beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH aturkan kehidupanmu dgn baik.."

under: Uncategorized

Sahabat, bersabarlah dengan dugaan..

Posted by: langitnanbiru | February 27, 2008 | No Comment |

Sahabat, kenapa engkau menyendiri di sudut sana , kulihat dahimu berkerut memikirkan nasib diri yang engkau hadapi, terkadang air matamu seperti air sungai yang mengalir deras di pipimu, hatimu penuh dengan keluh kesah. Engkau memandang ujian yang dihadapi selama ini amat berat, benar-benar menghimpit dan menyesakkan dada. Engkau ingin bahagia seperti orang lain, ingin ketawa dan sentiasa tersenyum, bahkan terkadang iri hati melihat orang lain sentiasa sahaja bergembira.

Sesekali engkau menceritakan betapa malang untung nasibmu, ’selalu sahaja tersadung ketika berjalan’. Engkau menceritakan menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata. Bagimu teguran mereka apatah lagi air mata merupakan satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan buat dirimu. Engkau diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, bagimu dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu engkau lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan ditangan manusia, tetapi Dia.

Sahabat, jiwamu terkadang memberontak, engkau akan memarahi orang lain yang tidak mempunyai apa-apa dosa pada dirimu, engkau menyalahkan keadaan dan benci dengan alam sekelilingmu, lalu bisikan-bisikan nafsu syaitan datang merayu, menghasut. Suka benar ia melihat manusia bersedih dengan kegagalan, suka benar ia melihat engkau berduka dan menyalahkan takdir. Jahat benar bisikan itu yang mengajakmu untuk memutuskan nyawamu dengan membunuh diri sebagai jalan mudah untuk penyelesai masalah.

Wahai sahabat, dengan hanya menangis, mengeluh, engkau tidak akan mendapat apa-apa. Hatimu akan dirundung pilu sepanjang masa, dan pada masa itu akal dan fizikalmu akan melemah, bagaimana engkau akan membina masa depan semula jika fikiranmu selalu sahaja memikirkan tentang kelemahan dan kekurangan diri? Benar, memikirkan kekurangan diri itu perlu tetapi untuk membina keyakinan dan memperbaiki diri, tetapi ia tidak akan dapat mengubah apa-apa hanya dengan air mata.

Sahabat, Tuhan telah memberitahu kita, bahawa setiap kesusahan itu diikuti dengan kemudahan, setiap ujian dan kegagalan hidup itu ada jalan keluarnya bagi orang yang bertaqwa. Lupakah engkau dengan qada’ dan qadar Tuhan? Sahabat, hidup ini adalah amanah yang bukan milikmu sahaja, ada perkaitan dengan Tuhan, manusia dan makhluk Allah yang lain. Bukanlah satu kegagalan di dalam hidup jika engkau tersadung pada kali ini, malahan jika ia datang berkali-kali di dalam hidup.

Tidakkah engkau lihat, bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya, ia membawa makanan. Dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah.

Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menangung beban gula 2 kali ganda berat badannya, tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja, tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah tanda syukur. Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanAllah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia.

Jangan pula engkau berani membuat hukuman buat dirimu sendiri padahal ia bukan hakmu untuk berbuat demikian. Sekali lagi kukatakan bahawa nyawa, jasad, rerambut, kuku malahan kulit ini bukanlah milik kita. Tidak mampu kita untuk memberi alasan apa di hadapan Tuhan di hari perhitungan nanti… belajarlah untuk menjadi seorang yang redha dan syukur di atas taqdirNya.

Sungguh Allah Maha Tahu mengapa Dia memberikan ujian kegagalan dan dugaan kepada kita. Terkadang dengan kejayaan boleh melalaikan kita untuk ingat kepadaNya, berapa ramai yang menjadi takbur dengan kejayaan, dengan kekayaan seperti fir’aun yang bongkak dan mengaku dirinya Tuhan!! Allah memerintah Iblis untuk sujud (hormat) kepada Adam, tetapi ia bongkak dengan kehebatan kejadian dirinya dari api dan Adam itu dari tanah. Sekurang-kurangnya jika engkau hilang segalanya dalam hidup, tetapi masih ada cahaya di dalam hati iaitu iman kepada Allah. Dikala itu, di hadapan Tuhan nanti, masih ada jawapan yang kukuh untuk engkau berikan agar selamat dari seksaan neraka….

Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangya, Allah masukkah mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. Dia katakan pada mereka : Sabar itu kunci pintunya.

under: Uncategorized

Posted by: langitnanbiru | February 12, 2008 | No Comment |

"We must be hurt in order to grow, we must fail in order to know, we must lose in order to gain, some lessons are learned best only through pain…"

under: Uncategorized

…Not just a quote…

Posted by: langitnanbiru | January 6, 2008 | No Comment |

under: Uncategorized

Sedih…

Posted by: langitnanbiru | September 16, 2007 | No Comment |

Erm…kadang2 rase diri nie jahat sangat…selalu je wt org sakit hati…i do hope that sesiapa yg ‘terasa’ dgn aku…maafkan aku…aku hanya insan biasa yg sering kali melakukan kesilapan..aku x tau kenapa…tp aku selalu mengalami perkara/problem yg same berulang kali..until sometimes aku rase bosan dgn masalah yg same yg berlaku…kadang2 rase diri nie x kuat sgt nk hadapi sume nie…"Ya Allah berat sungguh ujian Mu terhadap aku"…aku sebenarnye x berniat nk sakitkan hati sesiapa…aku hanya nk menjalani kehidupan seharian yg normal…tp ade pendapat kate …"kehidupan itu normal bile ade problem"…mmg pun…aku setuju..aku pun tau…Allah uji kita coz Dia sygkan kita…tp tu lah…bile kerap sgt masalah yg same berulang…aku rase aku x sekuat org lain utk hadapi ini sume…kepada sesiapa yg terasa dgn aku…sekali lg aku minta maaf…sedih sebenarnye dgn ape yg dh berlaku…’terasa’ sesama kengkawan nie mmg x besh..berhari2 x bertegur sape sebenarnye byk mengusik emosi…x boleh nk wt keje..mase nie mmg rase nk sgt blk kg…sedih sgt dgn ape yg dh berlaku…rase dh x nk dok kt sini…nk lari je dr sini..rase persahabatan selama ini x dihargai, x bernilai..ketahui lah wahai kengkawan sume aku hanya manusia biasa yg x mampu nk puaskan hati semua org…aku mengaku, aku dh byk wt silap..aku minta maaf atas segala kesalahan yg telah aku lakukan..aku tulis kt blog nie pun sbb aku rase ni lah satu2nya cara untuk aku luahkan ape yg aku rase..aku mmg x pandai nk berterus-terang. aku hanya tahu pendamkan ajer..aku mengaku yg aku mmg x pandai nk berhadapan dgn situasi cmnie…aku x bole nk ckp benda2 nie sume secara face to face..so aku harap jika sesiapa yg ‘berkenaan’ terbaca coretan aku ni..dpt memaafkan aku..terpulang lah if ade yg rase cr aku nie cm pengecut…yes..i’am…mmg aku cmnie…nie mmg diri aku dan aku x bole nk jd org lain…maaf sekali lg kerana melukakan hati kalian..diharap di bulan ramadan yg penuh barkah ini, persahabatan yg retak akan kembali pulih dan mekar semula..semoga kita semua mendapat keberkatanNya..amin.

under: Uncategorized

Older Posts »

Categories